<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "000000"; google_color_bg = "000000"; google_color_link = "CD6958"; google_color_url = "CD6958"; google_color_text = "CD6958"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> AbeDee






AbeDee's House














Silakan masuk ke teratak AbeDee...
moga anda sekelian senang di sini......
bersama kita kongsikan segalanya.....





Kata-kata hikmat:

Sekiranya kita tidak ada rasa hormat terhadap diri kita, maka janganlah berharap orang akan menghormati diri kita. Sekiranya kita tidak merasa yakin kepada diri kita, sudah pasti orang lain juga tidak akan yakin kepada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap diri kita, maka janganlah berharap bahawa orang lain akan mengasihi dan mencintai diri kita.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya




Permata (Untuk Isteri Ku).....Kopratasa..

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31





online





Weblog Sahabat-sahabat

  • sumpitt
  • pittinluv
  • lylynn
  • llia
  • riaqistina
  • cikguizza
  • balqis
  • rinda
  • aszizie
  • dakkap
  • nurdia



    Akhbar Harian Online









    Hubungi AdeDee di:

    email yahoo



  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter




    Setenang air yang mengalir....kan berbunyi jua pabila terhempas ke batu.....



    rss feed



    Saturday, October 29, 2005
    salam aidilfitri...


    SELAMAT HARI RAYA

    BUAT ABEDEE & FAMILY

    MOGA BERGEMBIRA DIHARI YANG MULIA

    JANGAN LUPA EXAM YANG BAKAL MENJELANG... GOOD LUCK


    DARIPADA : NURDIA & FAMILY


    Posted at 01:21 pm by nurdia
    Make a comment  

    Saturday, September 03, 2005
    Cetusan Suara Subuh

    Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
    "Assalamualaikum", seru Subuh.
    "Wa'alaikumsalam", sahutku.

    Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
    "Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu
    tempat.

    Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

    "Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

    "Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

    Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

    "Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

    Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

    "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

    "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

    Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

    "Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan
    kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

    Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

    "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
    Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

    "Assalamualaikum", seru Subuh.

    "Waalaikumsalam", jawabku kembali.

    Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap
    langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

    P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
    Jawapannya... tersirat dalam diri.


    Posted at 12:27 am by nurdia
    Make a comment  

    Wednesday, August 10, 2005
    REJAB datang lagi

    1.Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.

    2.Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak, amalkan dengan ikhlas.

    3.Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.

    4.Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim.

    BULAN REJAB AKAN TIBA PADA 06 OGOS 2005 (HARI INI) BANYAK FADHILAT PADA BULAN INI...WALLAHUALAM

    FADILAT BULAN REJAB

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

    Rasullullah S.A.W bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

    Rasulullah S.A.W bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

    Rasullullah S.A.W. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

    Rasullullah S.A.W bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

    Rasullullah S.A.W bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."



    Posted at 07:49 pm by nurdia
    Make a comment  

    Wednesday, July 20, 2005
    Kelebihan Kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM



    Assalamualaikum,

    Utk renungan dan tatapan kita semua.

        
    Kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk diucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka: 
    1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak. 
    2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam. 
    3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran. 
    4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan. 
        
    Alkisah ada seorang isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, meletak dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

    Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas di benaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik." Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.

    Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta  kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas tersebut basah sang isteripun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahwa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.

    Dari cerita di atas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, yaitu:

    Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (golongan Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita bisa mengatakan bahwa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

    Keutamaan kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah lebih untuk kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disadari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

    Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita perolehi dari mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari.

    Amin.


    Posted at 04:44 pm by nurdia
    Make a comment  

    Sunday, July 17, 2005
    Jangan kita bersangka buruk

    Manusia hari ini suka bersangka-sangka
    Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
    Orang beribadah disangka riak
    Orang yang relax disangka malas
    Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
    Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
    Orang makan banyak disangka pelahap
    Orang makan sikit disangka diet
    Orang baik disangka buruk
    Orang buruk disangka baik
    Orang senyum disangka mengejek
    Orang masam disangka merajuk
    Orang bermuzakarah disangka mengumpat
    Orang diam disangka menyendiri
    Orang menawan disangka pakai susuk
    Orang nampak ceria disangka membela
    mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
    mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
    mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa
    mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
    mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya



    Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti mana musnahnya kayu dimakan api.. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana persepsi kita melihatnya serta tafsiran kita sendiri.... so hati-hati selalu.......jauhi sikap sedemikian...

    Posted at 08:42 am by abedee
    Make a comment  

    Sunday, June 19, 2005
    Istighfar dan Taubat

    Diantara sebab terpenting diturunkannya rezeki adalah istighfar (memohon ampun) dan taubat kepada Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Menutupi (kesalahan). Untuk itu, pembahasan mengenai pasal ini kami bagi menjadi dua pembahasan.

    Pertama, hakikat istighfar dan taubat.

    Kedua, dalil syar'i bahwa istighfar dan taubat termasuk kunci rezeki.

    Pertama : Hakikat Istighfar dan Taubat

    Sebagian besar orang menyangka bahwa istighfar dan taubat hanyalah cukup dengan lisan semata. Sebagian mereka mengucapkan.

    "Artinya : Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya". Tetapi kalimat-kalimat di atas tidak membekas di dalam hati, juga tidak berpengaruh dalam perbuatan anggota badan. Sesungguhnya istighfar dan taubat jenis ini adalah perbuatan orang-orang dusta.

    Para ulama -semoga Allah memberi balasan yang sebaik-baiknya kepada mereka- telah menjelaskan hakikat istighfar dan taubat.

    Imam Ar-Raghib Al-Ashfahami menerangkan : "Dalam istilah syara', taubat adalah meninggalkan dosa karena keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang boleh diulangi (diganti). Jika keempat hal itu telah terpenuhi berarti syarat taubatnya telah sempurna". (Al-Mufradat fi Gharibil Qur'an, dari asal kata " tauba" hal. 76)

    Imam An-Nawawi sendiri menjelaskan : "Para ulama berkata, 'Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia maka syaratnya ada tiga.

    Pertama, hendaknya ia menjauhi maksiat tersebut.

    Kedua, ia harus menyesali perbuatan (maksiat)nya.

    Ketiga, ia harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi. Jika salah satunya hilang, maka taubatnya tidak sah.

    Jika taubatnya itu berkaitan dengan hak manusia maka syaratnya ada empat. Ketiga syarat di atas dan Keempat, hendaknya ia membebaskan diri (memenuhi) hak orang tersebut. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka ia harus mengembalikannya. Jika berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka ia harus memberinya kesempatan untuk membalasnya atau meminta ma'af kepadanya. Jika berupa ghibah (menggunjing), maka ia harus meminta maaf".

    (Riyadhus Shalihin, hal. 41-42)

    Adapun istighfar, sebagaimana diterangkan Imam Ar-Raghib Al-Asfahani adalah "Meminta (ampunan) dengan ucapan dan perbuatan". Dan firman Allah.

    "Artinya : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun". (Nuh : 10)

    Tidaklah berarti bahwa mereka diperintahkan meminta ampun hanya dengan lisan semata, tetapi dengan lisan dan perbuatan. Bahkan hingga dikatakan, memohon ampun (istighfar) hanya dengan lisan saja tanpa disertai perbuatan adalah pekerjaan para pendusta". (Al-Mufradat fi Gharibil Qur'an, dari asal kata "ghafara" hal. 362)

    Kedua : Dalil Syar'i bahwa Istighfar dan Taubat Termasuk Kunci Rezeki Beberapa nash (teks) Al-Qur'an dan Al-Hadits menunjukkan bahwa istighfar dan taubat termasuk sebab-sebab rezeki dengan karunia Allah Ta'ala.

    Di bawah ini beberapa nash dimaksud :

    1. Apa yang disebutkan Allah Subhana wa Ta'ala tentang Nuh alaihis salam yang berkata kepada kaumnya.

    "Artinya : Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu', sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Nuh : 10-12)

    Ayat-ayat di atas menerangkan cara mendapatkan hal-hal berikut ini dengan istighfar:

    1.Ampunan Allah terhadap dosa-dosanya. Berdasarkan firman-Nya : "Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun".

    2.Diturunkannya hujan yang lebat oleh Allah. Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma berkata "midraaraa" adalah (hujan) yang turun dengan deras. (Shahihul Bukhari, Kitabul Tafsir, surat Nuh 8/666)

    3.Allah akan membanyakkan harta dan anak-anak. Dalam menafsirkan ayat "wayumdid kum biamwalin wabanina" Atha' berkata : "Niscaya Allah akan membanyakkan harta dan anak-anak kalian". (Tafsir Al-Bagawi, 4/398. Lihat pula, Tafsirul Khazin, 7/154)

    4.Allah akan menjadikan untuknya kebun-kebun.

    5.Allah akan menjadikan untuknya sungai-sungai. Imam Al-Qurthubi berkata : "Dalam ayat ini, juga yang disebutkan dalam surat Hud : 3 ('Artinya : Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya') adalah dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu sarana meminta diturunkannya rizki dan hujan".

    (Tafsir Al-Qurthubi, 18/302. Lihat pula, Al-Iklil fis Tinbathil Tanzil, hal. 274, Fathul Qadir, 5/417)

    Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya berkata : "Maknanya, jika kalian bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepadaNya dan kalian senantiasa menta'atiNya, niscaya Ia akan membanyakkan rizki kalian, menurunkan air hujan serta keberkahan dari langit, mengeluarkan untuk kalian berkah dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kalian, melimpahkan air susu perahan untuk kalian, membanyakkan harta dan anak-anak untuk kalian, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya bermacam-macam buah-buahan untuk kalian serta mengalirkan sungai-sungai diantara kebun-kebun itu (untuk kalian)". (Tafsir Ibnu Katsir, 4/449) Demikianlah, dan Amirul Mukminin Umar bin Khaththab Radhiyallahu 'anhu juga berpegang dengan apa yang terkandung dalam ayat-ayat ini ketika beliau memohon hujan dari Allah Ta'ala.

    Mutharif meriwayatkan dari Asy-Sya'bi : "Bahwasanya Umar Radhiyallahu 'anhu keluar untuk memohon hujan bersama orang banyak. Dan beliau tidak lebih dari mengucapkan istighfar (memohon ampun kepada Allah) lalu beliau pulang. Maka seseorang bertanya kepadanya, 'Aku tidak mendengar Anda memohon hujan'. Maka ia menjawab, 'Aku memohon diturunkannya hujan dengan majadih 1) langit yang dengannya diharapkan bakal turun hujan. Lalu beliau membaca ayat. "Artinya : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat". (Nuh : 10-11). (Tafsir Al-Khazin, /154)

    Imam Al-Hasan Al-Bashri juga menganjurkan istighfar (memohon ampun) kepada setiap orang yang mengadukan kepadanya tentang kegersangan, kefakiran, sedikitnya keturunan dan kekeringan kebun-kebun. Imam Al-Qurthubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahwasanya ia berkata : "Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan (bumi) maka beliau berkata kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Yang lain lagi berkata kepadanya, 'Do'akanlah (aku) kepada Allah, agar Ia memberiku anak!, maka beliau mengatakan kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Dan yang lain lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan (pula) kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!".

    Dan kami menganjurkan demikian kepada orang yang mengalami hal yang sama. Dalam riwayat lain disebutkan : "Maka Ar-Rabi' bin Shabih berkata kepadanya, 'Banyak orang yang mengadukan macam-macam (perkara) dan Anda memerintahkan mereka semua untuk ber-istighfar'. (Tafsir Al-Khazin, 7/154. Lihat pula, Ruhul Ma'ani, 29/73). Maka Al-Hasan Al-Bashri menjawab, 'Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri. Tetapi sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh.

    "Artinya : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Nuh : 10-12). (Tafsir Al-Qurthubi, 18/302-303. Lihat pula Al-Muharrar Al-Wajiz, 16/123)

    Allahu Akbar ! Betapa agung, besar dan banyak buah dari istighfar ! Ya Allah, jadikanlah kami termasuk hamba-hamba-Mu yang pandai ber-istighfar. Dan karuniakanlah kepada kami buahnya, di dunia maupun di akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan. Amin, wahai Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus mahluk-Nya.

    2. Ayat lain adalah firman Allah yang menceritakan tentang seruan Hud Alaihis Shalatu was sallam kepada kaumnya agar ber-istighfar. "Artinya : Dan (Hud berkata), Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa". (Hud : 52)

    Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat yang mulia di atas menyatakan : "Kemudian Hud Alaihis salam memerintahkan kaumnya untuk ber-istighfar yang dengannya dosa-dosa yang lalu dapat dihapuskan, kemudian memerintahkan mereka bertaubat untuk masa yang akan mereka hadapi. Barangsiapa memiliki sifat seperti ini, niscaya Allah akan memudahkan rizkinya, melancarkan urusannya dan menjaga keadaannya. Karena itu Allah berfirman.

    "Artinya : Niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu". (Tafsir Ibnu Katsir, 2/492. Lihat pula, Tafsir Al-Qurthubi, 9/51)

    Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang memiliki sifat taubat dan istighfar, dan mudahkanlah rizki-rizki kami, lancarkanlah urusan-urusan kami serta jagalah keadaan-keadaan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha mengabulkan do'a. Amin, wahai Dzat Yang Memiliki keagungan dan kemuliaan.

    3. Ayat lain adalah firman Allah.

    "Artinya : Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat". (Hud : 3)

    Pada ayat yang mulia di atas, terdapat janji-janji dari Allah Yang Mahakuasa dan Maha Menentukan berupa kenikmatan yang baik kepada orang yang ber-istighfar dan bertaubat. Dan maksud dari firmanNya. "Artinya : Niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu". Sebagaimana dikatakan oleh Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma adalah. 'Ia akan menganugrahi rizki dan kelapangan kepada kalian'. (Zaadul Masiir, 4/75)

    Sedangkan Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan : "Inilah buah istighfar dan taubat. Yakni Allah akan memberikan kenikmatan kepada kalian dengan berbagai manfaat berupa kelapangan rizki dan kemakmuran hidup serta Ia tidak akan menyiksa kalian sebagaimana yang dilakukanNya terhadap orang-orang yang dibinasakan sebelum kalian".

    (Tafsir Al-Qurthubi, 9/403. Lihat pula, Tafsir Ath-Thabari, 15/229-230, Tafsir Al-Baghawi. 4/373, Fathul Qadir, 2/695 dan Tafsir Al-Qasimi, 9/63)

    Dan janji Tuhan Yang Mahamulia itu diutarakan dalam bentuk pemberian balasan sesuai dengan syaratnya. Syaikh Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi berkata : "Ayat yang mulia tersebut menunjukkan bahwa ber-istighfar dan bertaubat kepada Allah dari dosa-dosa adalah sebab sehingga Allah menganugrahkan kenikmatan yang baik kepada orang yang melakukannya sampai pada waktu yang ditentukan. Allah memberikan balasan (yang baik) atas istighfar dan taubat itu dengan balasan berdasarkan syarat yang ditetapkan". (Adhwa'ul Bayan, 3/9)

    4. Dalil lain bahwa istighfar dan taubat adalah diantara kunci-kunci rizki yaitu hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

    "Artinya : Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah ) niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rizki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka 3)".

    Dalam hadits yang mulia ini, Nabi yang jujur dan terpercaya, yang berbicara berdasarkan wahyu, Shallallahu 'alaihi wa sallam mengabarkan tentang tiga hasil yang dapat dipetik oleh orang yang memperbanyak istighfar. Salah satunya yaitu, bahwa Allah Yang Maha Memberi rizki, Yang Memiliki kekuatan akan memberikan rizki dari arah yang tidak disangka-sangka dan tidak diharapkan serta tidak pernah terdetik dalam hatinya. Karena itu, kepada orang yang mengharapkan rizki hendaklah dia bersegera untuk memperbanyak istighfar (memohon ampun), baik dengan ucapan maupun dengan perbuatan. Dan hendaknya setiap muslim waspada! Sekali lagi hendaknya waspada! dari melakukan istighfar hanya sebatas dengan lisan tanpa perbuatan. Sebab ia adalah pekerjaan para pendusta.


    Posted at 02:32 pm by nurdia
    Make a comment  

    Saturday, April 30, 2005
    LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

    LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

    Dari Hatim Al-Asom :

    "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat, maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw

    1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
    2) Menyiapkan perkuburan mayat, bila telah mati.
    3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
    4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
    5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.

    LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI

    "Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
    1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
    2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu di dalamnya.
    3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
    4) Persiapkan bekal di dunia untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
    5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya."

    HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

    Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya lima perkara :
    1) Panjang angan-angan.
    2) Sentiasa tamak.
    3) Sangat kedekut.
    4) Berkurang waraknya.
    5) Lupa kepada akhirat.

     


    Posted at 11:19 am by nurdia
    Make a comment  

    Friday, April 08, 2005
    alam jin

    Subject: KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

    1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

    2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

    3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

    4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

    5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

    6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca: "Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun datuk, anak cucu tumpang lalu." Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

    7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong. Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

    8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

    9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar!!!

    10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang dirasuk.

    Posted at 07:28 pm by nurdia
    Make a comment  

    Monday, March 28, 2005
    hikmah membaca 7 surah...


    Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:

    "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"


    SURAH AS-SAJDAH


    Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:

    "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"



    "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"


    SURAH YAASIN


    Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:

    "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".



    SURAH AD-DUKHAN


    Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:

    "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".



    SURAH AL-WAQIAH


    Rasulullah saw bersabda:

    " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"



    SURAH AL-MULK


    Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:

    "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"


    Dan Nabi saw bersabda:

    "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".



    SURAH AL-HASYAR


    Nabi saw bersabda:

    "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"


    Posted at 10:06 am by nurdia
    Comments (3)  

    Friday, March 18, 2005
    12 waktu yang mustajab doanya

    12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

     

    Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai
    sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa
    kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

    1. Semasa Lailatul-Qadar.
    2. Ketika hujan turun.
    3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
    4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
    5. Di tengah malam.



    6. Di antara azan dan iqamah.
    7. Ketika sujud dalam solat.
    8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
    9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
    10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir
    (waktu sahur).

    11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan
    bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di
    antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
    12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah.

    p/s berdoalah apa sahaja kpdNYA....sesungguhnya dia maha mendengar.....


    Posted at 10:13 am by abedee
    Make a comment  

    Next Page